Perasaan yang lahir tulus dari hati,
kerana kasih dan cinta kepada Ilahi,
qudus murni bagaikan permata suci,
dan di sinilah segala dimulai.
Bibir ketandusan ungkapan berbicara,
untuk meluahkan rasa cintaku padanya,
petunjuk Ilahi menderai bahagia,
kerana itulah cinta yang sebenarnya.
Wahai Tuhan kurniakan kekuatan jiwa,
untuk aku buktikan cinta-Mu tiada kecewa,
namun apakah dirinya bisa menerima,
dikala aku sukar menyusun bicara.
Aku redha akan ketentuan-Mu nanti,
usah leraikan apa yang telah dipatri,
andai dirinya tercipta untuk diriku ini,
satukanlah hati kami kekal abadi.
Andai daku mampu menyusun bait kata-kata,
peliharalah kesuciannya dari dosa noda,
bersemilah kasih kekal selamanya,
bahagia abadi hingga ke syurga.
karya yang berkait rapat dengan perjalanan hidup penulis tika meniti arus kematangan…
By: ibnradziah on July 13, 2008
at 3:07pm
Alhamdulillah,berjaya dilagukan.Seandai mempunyai kesempatan mungkin bisa diterbitkan dalam laman blog ini.Insya-Allah.
By: ibnradziah on July 14, 2008
at 3:11pm